Perihal Kami
Online@MRB merupakan pintu gerbang yang menempatkan beberapa aplikasi rasmi LGM yang boleh dicapai dengan hanya satu daftar masuk tunggal.
Aplikasi berasaskan web yang ditempatkan secara bersepadu ini dibangunkan oleh Unit Teknologi Maklumat dan bagi setiap aplikasi dimiliki oleh Bahagian atau Unit yang berlainan. Terdapat juga beberapa aplikasi yang dibangunkan oleh vendor dimuatkan disini sebagai pautan bagi kemudahan pengguna. Setiap Bahagian atau Unit bertanggungjawab dalam mentadbir urusan sistem masing-masing dengan bantuan teknikal dari Unit Teknologi Maklumat sekiranya diperlukan. Dengan Sistem Maklumat Bersepadu ini akan membenarkan perkongsian maklumat diantara Bahagian atau Unit di dalam LGM mengikut kalayakan yang berautoriti.
Online@MRB sesuai dilayari dalam semua jenis pelayar internet tanpa perlu muat turun sebarang aplikasi tambahan. Dengan hanya sekali daftar masuk, pengguna berpeluang untuk mengetahui Khidmat Kualiti bagi aplikasi web serta memilih Aplikasi yang ingin dilawati. Pengguna juga boleh Hubungi pemilik sistem berkenaan bagi membuat sebarang aduan.